Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelab Rotary Bintulu Central (RCBC), dengan kerjasama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menyampaikan sumbangan peralatan perubatan dan bukan perubatan yang penting kepada Hospital Mukah di bawah inisiatif berterusan Delivery Hope - Touching More Lives. foto: UKAS

Hospital Mukah terima sumbangan aset bernilai RM407,465

MUKAH, 25 Mac: Hospital Mukah menerima Sumbangan Aset Perubatan dan Bukan Perubatan bernilai RM407,465 dalam satu majlis penyerahan yang disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine pada Isnin.

Memetik laporan UKAS, Kelab Rotary Bintulu Central (RCBC), dengan kerjasama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menyampaikan sumbangan peralatan perubatan dan bukan perubatan yang penting kepada Hospital Mukah di bawah inisiatif berterusan Delivery Hope – Touching More Lives.

Timbalan Pengarah Hospital Mukah, Dr Ashadatul Amira Musa berkata sumbangan terbaharu itu termasuk sebuah van pengangkutan dan peralatan hospital kritikal yang memastikan penjagaan pesakit lebih cekap, rawatan lebih baik, serta sokongan yang lebih besar kepada kakitangan hospital.

Penjagaan kesihatan bukan hanya mengenai kemudahan fizikal, ia berkisar tentang individu yang mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada orang lain, dan sumbangan hari ini bertujuan untuk meringankan beban mereka serta meningkatkan perkhidmatan kepada komuniti.
Wakil pihak gereja menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya pihak Hospital Mukah yang memberikan kerjasama erat sepanjang proses penyerahan.
Pihak gereja juga berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh warga Mukah.
“Pada masa kini, keperluan terhadap fasiliti kesihatan yang lengkap dan moden semakin meningkat. Oleh itu, sumbangan yang kita terima hari ini amat besar maknanya dalam usaha kita untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada para pesakit.
“Sumbangan aset perubatan dan bukan perubatan ini pastinya akan membantu meningkatkan kecekapan operasi hospital serta memberikan lebih keselesaan kepada pesakit dan kakitangan hospital.
“Sumbangan yang diterima hari ini membawa banyak manfaat, bukan sahaja kepada hospital tetapi juga kepada komuniti secara keseluruhannya,” katanya.
Menurut beliau, dengan tambahan peralatan perubatan, pihak hospital dapat menyediakan rawatan yang lebih pantas, cekap, dan berkualiti kepada pesakit.
Ini secara langsung akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan selain membantu melancarkan operasi hospital, mengurangkan masa menunggu, serta memastikan pesakit menerima rawatan yang lebih cepat dan selesa.
Hadir sama Sister Yevette Hathaway & Elder Hathaway dari Church of Jesus Christ of Latter day Saints dan Mr Allen Wong Ching Seng President of Rotary Club of Bintulu Central (RCBC).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan