Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peningkatan kes HIV dalam kalangan belia, khususnya lelaki, terus mencetuskan kebimbangan apabila gaya hidup berisiko yang dipengaruhi oleh mentaliti “You Only Live Once” (YOLO) dikenal pasti sebagai antara punca utama penularan jangkitan ini. Foto hiasan Envato

HIV: Mentaliti YOLO antara penyumbang utama

ByConnie Grace

KUCHING, 25 Mac: Peningkatan kes HIV dalam kalangan belia, khususnya lelaki, terus mencetuskan kebimbangan apabila gaya hidup berisiko yang dipengaruhi oleh mentaliti “You Only Live Once” (YOLO) dikenal pasti sebagai antara punca utama penularan jangkitan ini.

Menurut Profesor Madya Dr. Helmy Hazmi dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pemahaman yang salah terhadap konsep YOLO telah mengubahnya daripada satu bentuk motivasi kepada dorongan untuk membuat keputusan impulsif tanpa mempertimbangkan akibat jangka panjang.

Katanya, ini termasuk penglibatan dalam hubungan seksual tanpa perlindungan dan hubungan sejenis yang berisiko tinggi.

“Golongan muda kini lebih cenderung untuk mengejar keseronokan segera tanpa memikirkan kesan masa depan, apatah lagi bila tiada panduan hidup yang kukuh dari segi nilai agama dan spiritual,” jelas beliau ketika dihubungi TVS bagi mengulas mengenai kes jangkitan HIV di Malaysia menurun, tapi jangkitan dalam kalangan belia lelaki membimbangkan, pada Selasa.

Justeru, beliau menegaskan bahawa media sosial memainkan peranan besar dalam membentuk persepsi dan gaya hidup remaja hari ini.

Jelasnya, kandungan yang memaparkan kemewahan dan kebebasan sering kali menjadikan remaja tertekan untuk meniru, lalu membawa kepada perlakuan yang berisiko terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka.

“Kehidupan yang tidak menentu akibat faktor luaran seperti tekanan ekonomi dan pandemik juga mendorong golongan muda untuk mencari hiburan jangka pendek sebagai jalan keluar.

Malangnya, tindakan ini sering kali membawa risiko besar, termasuk jangkitan HIV,” katanya.

Bagi menangani isu ini, Dr. Helmy menekankan pentingnya peranan ibu bapa, sekolah dan masyarakat dalam membentuk sistem sokongan dan pendidikan yang kukuh.

“Jika kita tidak menangani masalah ini secara menyeluruh, kita berisiko kehilangan generasi muda kepada gaya hidup yang merosakkan.

Perlu ada keseimbangan antara keseronokan hidup dan tanggungjawab diri,” tambah beliau.

Oleh itu, katanya, peningkatan kes HIV bukan sekadar isu kesihatan, tetapi juga cerminan kepada cabaran sosial yang perlu ditangani bersama oleh semua pihak.

“Dengan usaha kolektif, diharap golongan belia mampu keluar daripada belenggu budaya YOLO yang merugikan, dan membina masa depan yang lebih sihat serta bertanggungjawab,” tambah beliau

Terdahulu, pada Isnin, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan kes HIV dalam kalangan belia lelaki berusia 20 hingga 39 tahun, yang menyumbang 75 peratus daripada keseluruhan kes, ketika menjawab soalan Senator Dr. Lingeshwaran di Dewan Negara.

Ujarnya,lebih membimbangkan, 90 peratus daripada kes HIV baharu melibatkan golongan lelaki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan