VIENNA, 25 Mac: Dua pemain ski maut manakala seorang lagi cedera dalam runtuhan salji yang melanda pergunungan Tyrol, Austria pada pagi Isnin, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Menurut penyiar Austria, ORF, kedua-dua mangsa yang berusia 58 dan 60 tahun itu ditimpa runtuhan salji sebelum jatuh ke dalam rekahan glasier sedalam 10 meter.
Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan enam pemain ski.
Seorang lagi mangsa yang cedera hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital sebelum dibenarkan keluar pada sebelah petang.
Insiden itu mencetuskan operasi pencarian besar-besaran yang melibatkan dua helikopter perubatan kecemasan, sebuah helikopter polis, dua pasukan penyelamat gunung serta Polis Alpina, menurut laporan ORF. -TVS