Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pos Kawalan Sementara Labu. Foto TVS

Brunei setuju lanjut operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen sempena Aidilfitri

LIMBANG, 25 Mac: Negara Brunei bersetuju melanjutkan masa operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen di negara itu dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam bermula 26 Mac (esok) sehingga 6 April ini.

Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi berkata, lanjutan masa sehingga 12 tengah malam itu melibatkan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Pos Kawalan Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh.

“Pelanjutan operasi Pos Kawalan di Pos Kawalan Sempadan Imigresen Negara Brunei Darussalam sehingga jam 12 tengah malam akan bermula pada 26 Mac (esok) sehingga 6 April ini,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam bersetuju untuk memberi kebenaran bagi permohonan perlanjutan tempoh masa operasi pos kawalan sempadan imigresen bagi Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Pos Kawalan Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh sehingga jam 12 tengah malam bermula pada 26 Mac hingga 6 April ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan