Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta menunjukkan jalan yang ditutup sementara pada pagi 26 dan 27 Mac ini. Foto PDRM

Beberapa jalan di bandar raya Kuching ditutup sementara 26 dan 27 Mac

KUCHING, 25 Mac: Beberapa jalan di bandar raya Kuching bakal ditutup sementara pada sebelah pagi sempena Hari Peringatan Ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, jalan ditutup pada 26 Mac (raptai) dan 27 Mac bagi memberi laluan acara yang akan diadakan di Padang Merdeka.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, jalan yang akan ditutup adalah Jalan Lampu Isyarat RTM dan susur ke Padang Merdeka; Jalan McDougall menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg (Hotel Merdeka Palace); dan Jalan Wawasan ke Jalan Tun Abang Haji Openg.

Selain itu, turut ditutup adalah Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Padang Merdeka (Mahkamah Lama) dan Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Padang Merdeka (lampu isyarat Plaza Merdeka).

Bagi tujuan raptai, jalan ditutup bermula 9 pagi hingga 11 pagi, manakala pada hari acara diadakan ia ditutup 8.30 pagi hingga 11 pagi.

“PDRM memohon kerjasama orang ramai yang hadir agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan