Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan Envato

Aidilfitri: Polis Mukah perketat penguatkuasaan larangan pemanduan kenderaan barangan

MUKAH, 25 Mac: Polis Daerah Mukah akan memperketatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, berkata larangan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia itu melibatkan tiga kategori kenderaan barangan pada tarikh-tarikh tertentu sebelum dan selepas perayaan.

“Larangan ini akan berkuatkuasa pada 29 hingga 30 Mac 2025 serta 5 hingga 6 April 2025 dan bertujuan mengurangkan risiko kemalangan serta mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan utama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, antara kenderaan yang dilarang bergerak sepanjang masa dalam tempoh tersebut ialah lori pengangkut kayu balak, jentera berat beroda, lori pembawa simen dan bahan binaan, serta beberapa kategori lori lain yang membawa barangan industri.

“Selain itu, lori kontena yang mengangkut barangan bukan keperluan asas hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi, manakala lori pembancuh simen dan kren bergerak hanya boleh beroperasi dalam tempoh 6 petang hingga 6 pagi dalam radius 25 kilometer dari tapak pembinaan tertentu,” jelasnya.

Beliau berkata, pihak polis akan meningkatkan pemantauan termasuk melalui sekatan jalan raya bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan tersebut.

“Mana-mana syarikat atau pemandu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan mereka lebih awal dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman berjalan lancar dan selamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan