Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki sekali lagi dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri enam paket daging kambing segar dan sebotol sos barbeku

Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara raya ketiga, keempat

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SELANGOR, 25 Mac: Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat bagi semua institusi penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Islam dan seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.

“Bagi lawatan secara bersemuka, waktu perjumpaan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang. Pelawat perlu membawa Kad Pengenalan serta Kad Lawatan bagi memudahkan urusan,” menurut kenyataan itu.

“Pelawat tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman kepada penghuni penjara. Makanan boleh dibeli dari kantin penjara,” tegas kenyataan berkenaan.

Selain itu, pihak penjara juga tidak menggalakkan pelawat memberi wang kepada penghuni kerana semua keperluan asas telah disediakan.

Namun, sekiranya pelawat ingin memberikan wang bagi urusan tertentu seperti pembayaran yuran peperiksaan, resit rasmi perlu diperoleh sebagai bukti penerimaan.

Dalam pada itu, perjumpaan secara atas talian (online) turut disediakan sebagai alternatif bagi ahli keluarga yang tidak dapat hadir secara fizikal ke penjara. Sesi perjumpaan dalam talian ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 April hingga 6 April 2025.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pelawat boleh menghubungi Jabatan Penjara Malaysia di talian 03-8732 8388 / 8235 / 8146 atau melalui e-mel di pro@prison.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan