Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ketika lawatan ke Sekolah Dalam Hospital di Hospital Umum Sarawak di Kuching, pada Isnin. Foto: Madeline Dugat (TVS)

Tidak ketinggalan pelajaran walaupun terima rawatan

ByMadeline Dugat

KUCHING, 24 Mac: Inisiatif Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Umum Sarawak (HUS) memberikan peluang kepada kanak-kanak yang sedang menerima rawatan jangka panjang untuk terus belajar dan tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, SDH merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Nurul Yaqeen.

“Antara perkara yang disuarakan oleh seorang kanak-kanak sekolah rendah adalah, dia kata sayang tinggalkan sekolah.

“Itu adalah salah satu kebimbangan bagi seorang kanak-kanak. Apa yang kita mahu adalah mereka tidak perlu risau dan dapat menjalani rawatan tanpa bimbang,” katanya pada sidang media di Sekolah Dalam Hospital, Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Isnin.

Menurutnya, SDH dibahagikan kepada dua kategori iaiti Murid Jangka Pendek (MJPD) iaitu murid yang menerima rawatan di hospital dan mengikuti sesi PDP dalam tempoh tiga hingga 14 hari.

Kategori kedua merupakan Murid Jangka Panjang (MJPJ) iaitu murid yang menerima rawatan di hospital dan mengikuti sesi PDP melebihi 14 hari berturut-turut.

“Program ini bertujuan menyediakan pendidikan kepada pesakit kanak-kanak berusia antara empat hingga 18 tahun yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital dengan memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran dalam suasana yang berbeza,” ujarnya.

Untuk rekod, SDH di HUS mula beroperasi pada 18 Ogos 2014 selepas proses ubah suai bangunan lama Pejabat Kesihatan Negeri selesai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan