Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Polis tahan lima individu, rampas dadah bernilai lebih RM106,000 di Padawan

KUCHING, 24 Mac: Polis merampas pelbagai dadah dianggar bernilai RM106,000 selepas menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing dalam tiga serbuan di Padawan, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kesemua lelaki berkenaan berusia antara 24 hingga 34 tahun, manakala wanita berusia 38 tahun.

“Dadah dirampas terdiri daripada ekstasi, syabu, ketamin dan pil eramin 5.

“Selain itu, polis turut menyita empat kereta, wang tunai dan barang kemas dianggar bernilai RM136,050,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemuanya kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan