Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis akan melakukan siasatan dalaman terhadap tiga anggotanya yang dirakam dalam video tular mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan The Mines. Foto Media sosial

Polis siasat 3 anggota trafik buat sekatan jalan raya di Serdang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Polis akan melakukan siasatan dalaman terhadap tiga anggotanya yang dirakam dalam video tular mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan The Mines di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata siasatan berkenaan adalah bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.

“Siasatan sedang dijalankan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang tidak akan berkompromi jika terbukti berlaku pelanggaran prosedur semasa sekatan jalan raya diadakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, tular satu video di media sosial berdurasi 1 minit 19 saat yang menunjukkan tiga anggota polis trafik melakukan sekatan jalan raya, sebelum seorang daripada mereka dirakam mengambil sesuatu daripada seorang pemandu kereta yang ditahan.

Anbalagan turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan kerana boleh mengganggu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan