Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Afiq Johari (TVS)

PM hargai petugas barisan hadapan, salur sumbangan Aidilfitri kepada warga IPD Putrajaya

ByBernama

PUTRAJAYA, 24 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaannya terhadap petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini dengan menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 250 anggota di IPD berkenaan.

Sumbangan sebanyak RM50,000 itu diserahkan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim, sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjaga keamanan dan keselamatan tanpa mengira waktu.

“Saya fikir antara yang membuatkan Perdana Menteri setuju untuk beri sumbangan ini, kerana menghargai jasa dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan ini.

“Hari ini sumbangan sebanyak RM50,000 yang merupakan peruntukan khas Perdana Menteri yang akan diagihkan kepada 250 penerima,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu pada Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri, di IPD Putrajaya hari ini.

Berkongsi pesanan Perdana Menteri kepada warga IPD Putrajaya, Muhammad Kamil berkata Anwar berkata jasa dan sumbangan petugas barisan amat bermakna kerana mengutamakan tugas tanpa mengenal erti penat serta lelah.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa terutamanya PDRM telah menjalankan tugas dengan baik dalam membasmi hal-hal berkaitan jenayah dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata sumbangan yang dihulurkan 250 warga IPD Putrajaya itu, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam membuat persediaan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya ucap terima kasih kepada atas sumbangan yang diberikan, yang mana sangat memberi makna dan dapat meringankan beban penerima yang kebanyakkannya sudah bekeluarga,” katanya.

Aidi Sham berharap majlis iftar itu akan menjadi jambatan penghubung silaturahim antara warga IPD Putrajaya dan warga Pejabat Perdana Menteri.

“Kami berbangga kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada program yang murni ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan