Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sejumlah barangan seludup, produk sejuk beku serta ayam sabung keseluruhannya dianggar bernilai RM3.05 juta dalam Op Taring Alpha dan Op Taring Awas yang dijalankan di negeri ini. Foto PGA Sarawak

PGA Sarawak rampas pelbagai barangan bernilai RM3.05 juta

KUCHING, 24 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sejumlah barangan seludup, produk sejuk beku serta ayam sabung keseluruhannya dianggar bernilai RM3.05 juta dalam Op Taring Alpha dan Op Taring Awas yang dijalankan di negeri ini.

Komander Bridged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata dalam serbuan pertama pada 9 malam tadi di Miri, PGA merampas 770,000 batang rokok putih dan 161,600 batang rokok kretek pelbagai jenama selepas menahan dua lelaki di sebuah premis disyaki menjadi tempat penyimpanan rokok seludup.

“PGA turut merampas dua kenderaan pelbagai guna (MPV) daripada kedua-dua lelaki berusia 22 dan 57 tahun itu dengan keseluruhan rampasan rokok dan kenderaan dianggar bernilai RM2.56 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan kedua di Lundu Rabu lepas, PGA menahan seorang lelaki berusia 53 tahun disyaki menyeludup enam tan beras menggunakan sebuah lori.

Kesemua beras dan lori dirampas dianggar bernilai RM221,600.

Che Ghazali berkata dalam serbuan ketiga pada 1.30 tengah hari semalam di Engkelili, PGA merampas tujuh ekor ayam sabung selepas menahan 10 lelaki berusia antara 35 hingga 78 tahun kerana disyaki terlibat aktiviti judi sabung ayam.

“Pelbagai alat, bahan untuk aktiviti perjudian serta sebuah kenderaan pacuan empat roda turut dirampas yang dianggar bernilai RM154,450,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi kira-kira 4.45 petang, Sabtu lepas pula, PGA merampas 152 kilogram produk makanan sejuk beku selepas menahan dua lelaki Indonesia berusia 43 dan 47 tahun di Lubok Antu.

Kesemua produk terbabit katanya disimpan di belakang ruang simpanan kereta jenis MPV manakala barangan dan kereta dirampas dianggar bernilai RM104,60. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan