Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol pada majlis ringkas penyampaian dana kepada penduduk DUN Semop, baru-baru ini.

Pemangkin pembangunan: Kepimpinan bijak dan formula ekonomi berkesan

BySaibi Gi

PULAU BRUIT (DARO), 24 Mac: Kepimpinan Sarawak yang bijak dalam meningkatkan pendapatan negeri adalah antara faktor dapat menyediakan kemudahan infrastruktur terutama jambatan-jambatan di laluan pesisir yang menelan kos kira-kira RM3.8 bilion.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata selain itu, kecekapan pentadbiran negeri, kestabilan politik dan masyarakat bersatu padu adalah resepi mempercepatkan pembangunan Sarawak.

Datuk Abdullah Saidol pada majlis ringkas penyampaian dana kepada penduduk DUN Semop, baru-baru ini.

“Semua jambatan-jambatan yang dibina dan yang telah siap ini dibiayai menggunakan dana sendiri Kerajaan Sarawak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Jambatan Batang Rajang (Jalan Pasi-Tanjung Manis/ Sibu) yang akan dibuka pada 27 Mac ini.

Jambatan ini akan memendekkan perjalanan dari selatan menuju ke wilayah tengah Sarawak terutama di kawasan Tanjung Manis, Pulau Bruit, Daro dan Matu.

Pada Ahad lepas, Jambatan Jepak di Bintulu telah dibuka kepada pengguna, manakala Jambatan Muara Lassa dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 22 Februari 2025.

Apabila semua jaringan jalan raya dan jambatan di sepanjang pesisir Sarawak siap, ia akan memberi kesan positif terhadap aktiviti sosioekonomi masyarakat pesisir yang kebanyakan adalah warga nelayan dan tani yang aktif, jelasnya.

Kebijaksanaan pemimpin Sarawak pemangkin pembangunan | TVS

“Sektor pelancongan akan mula berkembang di beberapa kawasan pesisir yang mempunyai potensi tarikan pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi lawatan kerja beberapa hari sepanjang Ramadan, Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop telah menyampaikan sumbangan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM473,970 kepada 47 penerima terdiri daripada organisasi seperti JKKK Kampung/ Rumah Panjang dan jawatan kuasa masjid serta surau.

Sumbangan dana tersebut antara lain bertujuan untuk membaik pulih kemudahan serta pembelian barangan keperluan masjid dan surau, membina prasarana awam di kampung atau rumah panjang dan untuk penganjuran aktiviti kebajikan belia dan program kemasyarakatan seperti majlis ramah-tamah.

Sumbangan dana RM20,000 adalah untuk program Ziarah Kasih Ramadan yang diadakan di 16 kampung yang digerakkan oleh kumpulan warga belia kampung.

Pengisian utama program ini ialah singgahan ziarah rombongan belia mengunjungi dan menyantuni 10 keluarga daif dan asnaf di setiap kampung serta menyampaikan sumbangan duit raya dan buah tangan.

“Objektif program ini adalah untuk mendedah warga muda kampung dalam aktiviti kesukarelawan dan kebajikan. Ia juga dapat merapat kemesraan dan silaturahim antara kaum muda dengan warga emas di kampung,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan