Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan warga emas cedera selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) di Simpang Saratok tengah hari tadi. Foto JBPM

Pasangan warga emas cedera, motosikal ditunggang kemalangan dengan MPV

SARATOK, 24 Mac: Pasangan warga emas cedera selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) di Simpang Saratok di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.19 tengah hari dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah MPV dan motosikal, penunggang warga emas lelaki mengalami kecederaan pada bahagian muka.

“Warga emas wanita pula telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki, pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Saratok menggunakan EMRS bomba untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan sisa-sisa kemalangan telah dibersihkan, anggota bersama jentera bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan