Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 38 tahun, Md Alamgir Hossain berdepan hukuman penjara pada Ahad selepas didapati bersalah membunuh seekor “fishing cat” di Kampung Dhanagora, Chuadanga, lapor Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS). Foto hiasan Envato

Lelaki Bangladesh dipenjara bunuh ‘fishing cat’ di Chuadanga

ByBernama

DHAKA, 24 Mac: Seorang lelaki berusia 38 tahun, Md Alamgir Hossain berdepan hukuman penjara pada Ahad selepas didapati bersalah membunuh seekor “fishing cat” di Kampung Dhanagora, Chuadanga, lapor Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).

Kejadian berlaku pada 21 Mac lalu, apabila Alamgir Hossain bersama dua rakannya—Mintu, 35, dan Md Saiful Islam, 45—menikam haiwan itu berhampiran Jalan Manikdoya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim.

Tindakan kejam itu dirakam dalam satu video yang kemudian tular di Facebook, mencetuskan kemarahan orang ramai serta mendorong Jabatan Perhutanan untuk menjalankan siasatan.

Susulan video tular itu, satu pasukan dari Jabatan Perhutanan melawat lokasi kejadian pada Ahad.

Selepas pemeriksaan dilakukan, pentadbiran Damurhuda Upazila mengarahkan Balai Polis Darshana untuk memfailkan kes, yang membawa kepada penangkapan Alamgir Hossain.

Pertubuhan sukarela Manabatar Jonno dan Pankouri membantu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan meningkatkan kesedaran tentang perlindungan hidupan liar.

Selain itu, Bahagian Pengurusan Hidupan Liar dan Pemuliharaan Alam Semula Jadi di Khulna turut mengedarkan risalah kesedaran bagi mempromosikan usaha perlindungan spesies “fishing cat” yang kini terancam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan