Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak , Dato Sri Fatimah Abdullah menyantuni pesakit kanser di Wad Kanser dan Sekolah Dalam Hospital sempena Sambutan Hari Raya yang akan menjelang tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Isnin. Foto Madeline Dugat (TVS)

Lebih RM3 juta disalurkan untuk pesakit kanser sejak 2021

ByMadeline Dugat

KUCHING, 24 Mac: Kerajaan Sarawak melalui inisiatif Bantuan Perubatan menyalurkan lebih RM3 juta bagi membantu pesakit kanser sejak pelaksanaannya pada tahun 2021.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sehingga Januari 2025, sebanyak 111 kes menerima bantuan dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM3,155,780.20.

“Ini adalah sistem sokongan yang disediakan oleh kerajaan, kita tahu kadangkala terdapat kekurangan di hospital dan memerlukan pembayaran. Jadi, di sinilah bantuan diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke sekolah dalam hospital dan wad kanser di Hospital Umum Sarawak di Kuching, pada Isnin.

Selain meringankan beban kewangan, inisiatif tersebut memastikan pesakit kanser mendapat akses segera kepada rawatan yang mereka perlukan tanpa perlu bimbang mengenai kos.

Menurut laporan, bantuan kewangan, klinikal dan sokongan diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sebagai pelengkap kepada bantuan kesihatan utama yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan.

Bantuan tersebut disasarkan untuk rawatan yang paling diperlukan, termasuk kemoterapi, pembedahan, dan terapi nutrisi, yang sering kali membebankan pesakit dan keluarga mereka.

Setakat Mac 2025, seramai 24 pesakit kanser menerima bantuan dengan perbelanjaan sebanyak RM776,040.00, memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menyokong mereka yang berjuang dengan penyakit tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan