Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Rasheed membentangkan Laporan Tahunan 2024, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2024 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2024. Foto, Afiq Johari (TVS).

KDNK Malaysia diunjur berkembang sekitar 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur berkembang sekitar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata pertumbuhan itu akan didorong oleh permintaan domestik yang berterusan, meskipun terdapat ketidakpastian luaran yang ketara.

KDNK negara diunjur berkembang 4.5 hingga 5.5 peratus | TVS

Jelas beliau, beberapa faktor yang mendorong pengukuhan permintaan domestik adalah termasuk perbelanjaan isi rumah yang tinggi didorong oleh peningkatan pendapatan, kunci kira-kira yang seimbang dan sokongan dasar berterusan.

“Selain itu, kitaran meningkat pelaburan dengan pelaburan yang diluluskan dan pelan induk negara serta insiatif kerajaan mengenai projek sivil, berdaulat, pelarasan selular dan juga kemajuan berterusan bagi projek infrastruktur awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Laporan Tahunan 2024, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2024 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2024.

Sementara itu, inflasi keseluruhan dijangka berpurata antara 2 peratus hingga 3.5 peratus, manakala inflasi teras antara 1.5 hingga 2.5 peratus.

“Namun begitu, BNM menjangkakan inflasi kekal terkawal, sejajar dengan keadaan kos global yang semakin reda dan juga ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan,” katanya.

Selain itu, ekonomi dunia pula dijangka berkembang antara 2.8 peratus hingga 3.3 peratus.

Abdul Rasheed berkata pertumbuhan itu disokong oleh tingkah laku positif, inflasi yang menyederhana dan dasar monetari yang kurang menyekat.

Menurutnya, perdagangan global pula diunjur berkembang antara 2.7 peratus hingga 3.2 peratus.

“Tinjauan untuk pertumbuhan dan perdagangan global juga tertakluk kepada ketidakpastian yang agak besar mengenai tarif dan juga dasar lain daripada ekonomi utama dan perkembangan geopolitik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan