Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) komited memastikan lebih banyak anak Orang Asli dapat memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada masa hadapan. Foto Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

JAKOA komited pastikan lebih ramai anak orang asli belajar di MRSM

ByBernama

MELAKA, 24 Mac: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) komited memastikan lebih banyak anak Orang Asli dapat memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada masa hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA Mohd Zambri Mustajap berkata usaha yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu bertujuan membantu golongan berkenaan meningkatkan taraf hidup keluarga sekali gus keluar daripada garis kemiskinan.

“Setakat ini, hanya 40 anak Orang Asli berjaya memasuki MRSM dan jumlah berkenaan dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun… satu daripada objektif atau matlamat JAKOA ialah kita mahu lebih ramai lagi berjaya memasuki institusi berkenaan.

“Kita mahu memberi peluang untuk mereka belajar di MRSM dan bersaing seperti kaum lain sekali gus dapat memperbaiki taraf pendidikan dan berjaya meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas Program Wacana Kepimpinan Orang Asli dan Iftar Ramadan yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pada program itu, kerajaan Melaka memperkenalkan dua inisiatif untuk masyarakat Orang Asli iaitu Perlindungan Insurans Kesihatan dan Khairat Kematian untuk Ahli Lembaga Adat Orang Asli dan Bantuan Persekolahan Murid Orang Asli.

Mengulas lanjut, Mohd Zambri berkata penekanan kepada aspek pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga satu daripada matlamat atau agenda utama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkasa golongan berkenaan.

Mengulas dua inisiatif yang diperkenalkan Melaka untuk masyarakat Orang Asli, beliau berkata ia jelas membuktikan komitmen kerajaan negeri membantu dan menjaga kebajikan mereka.

“Saya sangat teruja dengan komitmen dilaksanakan kerajaan Melaka khususnya membabitkan aspek pendidikan kerana ia merupakan satu daripada keutamaan JAKOA.

“Inisiatif seumpama itu akan menjadi penanda aras untuk negeri lain walaupun mereka ada melaksanakan pelbagai program untuk Orang Asli,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan