Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hamzah Ahmad menunjukkan sejumlah dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto TVS

Dua sindiket tumpas, polis rampas dadah bernilai RM6.6 juta

GEORGE TOWN, 24 Mac: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket dadah membabitkan rampasan kira-kira RM6.6 juta menerusi beberapa serbuan di negeri ini kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, menerusi sindiket pertama, pihaknya memberkas dua lelaki berusia 20 dan 27 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah ke negara jiran.

Katanya, polis merampas dadah bernilai RM6.5 juta di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara yang dipercayai dibungkus semula untuk dihantar ke Indonesia.

“Kita merampas 1,938 paket plastik mengandungi serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 38.8 kilogram (kg) bernilai RM6.42 juta, heroin (6.8 kg) bernilai RM65,000, syabu (946 gram) bernilai RM30,000 dan ketamin (50.4g) RM10,000.

“Hasil soal siasat ke atas suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan penganggur, bekalan dadah itu disyaki diperolehi dari tempat lain sebelum diseludup keluar menerusi jalan laut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan mendapati, suspek yang negatif ujian saringan air kencing itu menerima upah sebanyak RM3,000 bagi setiap penghantaran dadah terbabit.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, pihaknya memberkas pasangan suami isteri berusia 35 dan 40 tahun di Permatang Pauh yang disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket pengedaran dadah bagi pasaran tempatan.

“Kita turut merampas dadah bernilai RM160,884 bersama suspek iaitu kira-kira 4.9 kg syabu dan 10 biji pil Erimin 5 bersama suspek yang negatif ujian saringan air kencing itu.

“Turut disita, dua buah kereta, dua buah motosikal, jam tangan, wang tunai RM1,600 yang keseluruhan bernilai RM377,984,” katanya lagi.

Ujar Hamzah, kesemua suspek direman selama seminggu bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan