Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup sepenuhnya hari ini. Foto fail Nadim Bokhari (TVS)

Banjir di Sarawak pulih, dua PPS terakhir ditutup

SIBU, 24 Mac: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup sepenuhnya hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS Dewan Komuniti Sibu Jaya yang menempatkan 25 mangsa ditutup pada 1 tengah hari, manakala PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit menempatkan 185 mangsa ditutup pada 5 petang selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sebelum itu, PPS Asrama Belia Kapit dan PPS Dewan Suarah Kapit ditutup pada 9 pagi manakala PPS Dewan Serbaguna Selangau pada 12 tengah hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan