Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffou (tengah) hadir membentangkan Laporan Tahunan 2024, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2024 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2024. Foto Afiq Johari (TVS).

Aset BNM menurun kepada RM621.54 bilion pada 2024

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Jumlah aset Bank Negara Malaysia (BNM) menurun 1.61 peratus kepada RM621.54 bilion pada 31 Disember 2024, berbanding berbanding RM631.74 bilion pada 2023.

BNM dalam Laporan Tahunan 2024 yang dikeluarkan hari ini berkata rizab antarabangsa terus menjadi sebahagian besar daripada aset itu iaitu 84 peratus.

“Liabilitinya terdiri terutamanya daripada mata wang dalam edaran dan deposit oleh institusi kewangan, masing-masing berjumlah RM170.72 bilion dan RM131.92 bilion pada akhir tahun 2024 (2023: masing-masing RM161.82 bilion dan RM176.66 bilion),” kata bank pusat itu.

Menurut laporan, keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM13.16 bilion dicatatkan bagi tahun kewangan 2024.

Ini berikutan jumlah pendapatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM14.98 bilion, setelah ditolak kos yang berkaitan dengan pengurusan portfolio rizab dan operasi monetari.

“Daripada jumlah itu, RM7.91 bilion telah dipindahkan ke dalam Rizab Risiko BNM yang berjumlah RM147.90 bilion pada akhir tahun 2024 (2023: RM151.25 bilion,” katanya.

BNM memaklumkan berikutan rizab antarabangsa adalah dalam mata wang asing, pengumpulan penampan kewangan yang mencukupi adalah penting bagi menghadapi volatiliti dan kejutan dalam pasaran kewangan pada masa hadapan.

“Pengumpulan ini juga adalah penting untuk mengurus risiko naik turun kadar pertukaran dalam landskap global yang tidak menentu,” kata BNM.

Menurut laporan juga, bank pusat juga telah mengisytiharkan dividen sebanyak RM5.25 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan 2024. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan