Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 80 prospek penjara di Sarawak dibebaskan di bawah program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Raya Aidilfitri

80 prospek penjara di Sarawak dibebaskan

KUCHING, 24 Mac: Seramai 80 prospek penjara di Sarawak dibebaskan di bawah program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Raya Aidilfitri.

Memetik laporan Suara Sarawak, daripada jumlah tersebut, 25 prospek adalah dari Penjara Puncak Borneo, 15 dari Penjara Pusat Sri Aman, 18 dari Penjara Pusat Sibu, dua dari Pusat Koreksional Bintulu, 14 dari Penjara Pusat Miri dan enam daripada Penjara Limbang.

Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner Teyun Thian Eim berkata, prospek yang layak dibebaskan di bawah program ini adalah mereka yang menjalani hukuman penjara tiga tahun ke bawah, telah menjalani satu per tiga tempoh hukuman serta tidak dikenakan hukuman mandatori.

“Sebelum prospek-prospek ini dibebaskan, kita telah pun membuat program pemulihan di dalam penjara dan saya percaya yang akan dibebaskan pada hari ini adalah mereka yang telah melepasi tapisan-tapisan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis PBSL Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) di Penjara Puncak Borneo, hari ini.

Berhubung dengan pembebasan tersebut, beliau berkata, prospek masih lagi tertakluk kepada Seksyen 43 Akta Penjara 1995 yang mana prospek yang didapati melanggar syarat akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi Penjara Puncak Borneo, 10 Orang Banduan Berlesen (OBB) diserahkan kepada majikan, 10 OBB diserahkan kepada keluarga masing-masing manakala lima OBB akan ditempatkan di rumah perantaraan.

Secara keseluruhannya, 27 OBB diserahkan kepada majikan, 41 OBB diserahkan kepada keluarga dan 12 OBB diletakkan di rumah perantaraan.

Program PBSL membolehkan prospek yang terpilih menjalani hukuman dalam masyarakat dan menyesuaikan diri dengan pekerjaan sekali gus membantu prospek yang dibebaskan untuk mendapatkan peluang pekerjaan, wang secukupnya dari upah yang diperolehi serta penyediaan tempat tinggal.

Dalam tempoh ini, Pegawai Parol Daerah (PPD) akan mengawal selia OBB di kawasan pentadbirannya dan akan sentiasa berhubung serta mendapatkan maklum balas perkembangan OBB dari pihak penjamin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan