Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad. Foto fail AFP

Rusia, Ukraine adakan rundingan di Jeddah Ahad ini bincang gencatan senjata

ByBernama

JEDDAH, 23 Mac : Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran ‘gencatan senjata separa’ dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.

Rundingan itu berlangsung sehari sebelum perbincangan pakar Rusia-Amerika Syarikat yang dijadualkan di Riyadh, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Utusan khas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi Timur Tengah Steve Witkoff, sebelum ini memaklumkan bahawa pertemuan antara Rusia dan Ukraine akan menumpukan kepada perincian gencatan senjata selama 30 hari yang melibatkan infrastruktur tenaga serta kemungkinan penyambungan semula perjanjian eksport bijirin Laut Hitam.

Menurut Witkoff, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio serta Penasihat Keselamatan Negara Mike Waltz, akan mengetuai delegasi Washington dalam rundingan yang berlangsung di Jeddah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan