Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yakup Sebli dan Nilawati Simat ketika ditemui TVS, hari ini. Foto TVS

Ringan beban golongan memerlukan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 Mac: Komuniti di Miri menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan Persatuan Melayu Miri (PMM) dalam mengagihkan sumbangan kepada mereka.

Ketua Kaum Tudan Fasa 4 dan 5, Yakup Sebli, menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada PMM atas sumbangan beras yang diberikan setiap tahun kepada penduduk yang memerlukan.

“Alhamdulillah, tahun ini kami di Tudan Fasa 4 dan 5 akan menerima 25 beg beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan seperti ibu tunggal, asnaf, serta golongan kurang berkemampuan. Kami juga akan menyerahkan sebahagian kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (AJKK) lain,” katanya ketika ditemui TVS di Persatuan Melayu Miri, hari ini.

Yakup turut menyeru penduduk Melayu Miri untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Melayu Miri kerana keahlian masih kurang.

“Saya sendiri akan berusaha untuk mencari penduduk supaya menyertai persatuan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Lopeng Tengah Riam, Nilawati Simat turut menyampaikan penghargaan kepada PMM atas sumbangan yang diberikan.

“Kami bertanggungjawab memastikan sumbangan ini sampai kepada yang berhak termasuk ibu tunggal, asnaf, balu, dan anak yatim. Selain daripada bantuan ini, terdapat juga sumbangan lain yang akan diagihkan kepada penduduk kampung,” ujarnya.

Program sumbangan itu diharap dapat meringankan beban golongan memerlukan serta mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat Melayu di Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan