Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menerika cek daripada Alliance Bank ketika Program Sinar Syawal YKN 2025 Sumbangan Pakaian Raya Tajaan Alliance Islamic Bank Bhd di salah sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Rakyat Malaysia prihatin bantu golongan memerlukan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Mac: Rakyat Malaysia terus menunjukkan semangat keprihatinan luar biasa dalam membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, lazimnya rakyat Malaysia memiliki sifat murah hati amat tinggi dengan ramai yang tampil memberikan bantuan tanpa mengharapkan publisiti atau pengiktirafan.

“Walaupun ada yang tidak berhubung dengan media, mereka tetap menjalankan inisiatif untuk membantu. Saya kenal beberapa individu yang bertanya bagaimana mereka boleh membantu dengan memberikan derma atau sumbangan peribadi.

“Ada yang turun ke jalanan, terutama pada waktu malam untuk memberikan makanan dan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas Program Sinar Syawal YKN 2025 Sumbangan Pakaian Raya Tajaan Alliance Islamic Bank Bhd di salah sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain daripada organisasi rasmi seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Alliance Islamic Bank, banyak individu serta agensi lain turut terlibat dalam usaha membantu golongan memrlukan.

Pada majlis itu, seramai 150 kanak-kanak menerima pakaian raya di Mydin Vista Tunku, Kuching, manakala 50 lagi menerima sumbangan yang sama dalam majlis yang berlangsung di Lundu semalam.

Bagi kawasan Parlimen Santubong, lebih 600 penerima di kawasan parlimen Santubong telah menerima sumbangan wang tunai dan kotak makanan bagi menyokong perayaan Hari Raya Aidilfitri mereka dan meringankan beban kewangan mereka.

Seramai 200 penerima daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) N4 Pantai Damai menerima sumbangan pakaian raya baharu menerusi Program Sinar Syawal YKN 2025.

Sebelum ini, Pantai Damai menerima 200 penerima, dan jumlah yang sama juga diterima oleh Tanjung Datu, Pantai Damai, dan Demak Laut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan