Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Pihak berkuasa Arab Saudi ketatkan piawaian pemeriksaan iftar di Masjidilharam

ByBernama

MAKKAH, 23 Mac: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Arab Saudi telah melaksanakan piawaian pemeriksaan ketat terhadap hidangan iftar yang disediakan di Masjidilharam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Piawaian itu termasuk pemeriksaan visual, memastikan penyimpanan selamat daripada pencemaran, pengesahan tarikh luput dan ketiadaan bahan tercemar, mengesahkan integriti pembungkusan serta memeriksa ramuan yang telah rosak.

Kualiti ramuan turut dipantau secara teliti, dengan sampel dihantar ke makmal Masjidilharam untuk analisis menyeluruh.

Makmal yang beroperasi di bawah seliaan pihak berkuasa itu menjalankan ujian mikrobiologi dan kimia bagi memastikan kesihatan serta keselamatan jemaah.

Menurut SPA, langkah itu mencerminkan komitmen pihak berkuasa untuk menjaga kesihatan awam serta memastikan keselesaan dan kesejahteraan semua pengunjung Masjidilharam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan