Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sidang media selepas Program Sinar Syawal YKN 2025 Sumbangan Pakaian Raya Tajaan Alliance Islamic Bank Bhd di salah sebuah pusat membeli belah di Kuching hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Peruntukan mencukupi untuk pengurusan bencana banjir

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Mac: Kerajaan akan terus memastikan peruntukan mencukupi untuk pengurusan bencana banjir di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sentiasa menyediakan peruntukan bagi menguruskan bencana yang tidak dijangka seperti bencana banjir di Johor sekali gus memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Bantuan ini diberikan mengikut keperluan dan kita pastikan ia sampai ke kawasan yang terjejas dengan segera.

“Kita sentiasa siap sedia dengan peruntukan yang mencukupi untuk menghadapi sebarang bencana yang tidak dijangka,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas Program Sinar Syawal YKN 2025 Sumbangan Pakaian Raya Tajaan Alliance Islamic Bank Bhd di salah sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat banyak penderma merangkumi orang awam dan organisasi, kerajaan tetap memiliki bajet yang disediakan untuk menghadapi situasi bencana dengan lebih efektif.

Mengulas mengenai banjir di Sibu, Nancy menjelaskan, kerajaan sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Menurutnya, pihak berkaitan juga akan memastikan suasana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak menjejaskan semangat perayaan termasuk mengerah pegawai dari negeri lain yang tidak terjejas untuk membantu jika keadaan memerlukan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan