Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program kebersamaan Al-Quran di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri, hari ini. Foto TVS

Perkukuh kefahaman agama warga emas

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 Mac: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan warga emas melalui pelbagai aktiviti termasuk program kebersamaan al-Quran.

Presiden PAWE, Marzuki Hussain berkata, antara aktiviti utama yang dianjurkan ialah Tadarus al-Quran yang menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh kefahaman agama dalam kalangan warga emas.

“Program ini berlangsung setiap hari Isnin hingga Khamis tetapi pada bulan Ramadan ia digantikan dengan sesi khas tadarus yang berlangsung selama dua minggu. Sebagai tanda penghargaan, peserta Tadarus yang terdiri daripada 18 warga emas yang diberikan sijil penyertaan dan cenderamata,” katanya ketika ditemui TVS pada program kebersamaan Al-Quran di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri, hari ini.

Menurutnya, objektif utama PAWE adalah untuk menggalakkan warga emas keluar dari rumah dan berinteraksi dengan rakan sebaya bagi mengelakkan kemurungan.

“Di rumah, ramai warga emas tinggal sendirian kerana anak-anak sudah berpindah. Jadi, PAWE menjadi tempat untuk mereka berinteraksi, berkongsi pengalaman dan kekal aktif,” ujarnya.

Kini PAWE Miri mempunyai sekitar 500 ahli yang dapat dihubungi dengan kehadiran aktif sekitar 100 hingga 200 orang dalam setiap program.

Marzuki turut menggalakkan lebih ramai warga emas untuk menyertai PAWE bagi menikmati manfaat yang disediakan.

“Di sini, mereka bukan sahaja dapat berinteraksi dengan kawan-kawan lama tetapi juga mendapat bimbingan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk agama, kesihatan dan kemahiran keusahawanan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan