Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai kanan Hamas, Salah al-Bardawil. Foto fail AFP

Pegawai kanan Hamas, isteri terbunuh dalam serangan udara di Gaza

ByBernama

ANKARA, 23 Mac: Pegawai kanan Hamas, Salah al-Bardawil serta isterinya terbunuh dalam serangan udara Israel di barat Khan Younis, selatan Gaza, menurut pengumuman kumpulan Hamas pada Ahad.

Bardawil, yang juga anggota biro politik Hamas serta timbalan dalam Majlis Perundangan Palestin terbunuh dalam serangan yang disasarkan ketika menunaikan solat malam di khemahnya di kawasan Al-Mawasi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Serangan itu merupakan sebahagian daripada pengeboman intensif Israel ke atas Gaza sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Hamas mengecam serangan itu sebagai “serangan pengecut Zionis” dan menuduh Israel melakukan jenayah perang dalam satu kempen pembunuhan beramai-ramai yang sistematik.

Sejak Selasa, lebih 700 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 1,000 lagi cedera dalam serangan udara Israel, menamatkan perjanjian gencatan senjata pada Januari dan perjanjian pertukaran tahanan.

Sejak Oktober 2023, hampir 50,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dan lebih 113,000 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Gaza.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November lalu terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan berterusan ke atas wilayah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan