Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Datuk Mohd Nizam Jaffar melakukan lawatan ke Markas Taktikal Pos Balai Ringin. Foto TVS

Pangkalan TLDM dipindahkan ke Kuching

BALAI RINGIN, 23 Mac: Pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dicadang untuk dibina di Bintulu sebelum ini akan dipindahkan ke Kuching.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, perpindahan lokasi itu sudah dibincangkan bersama Kerajaan Sarawak dan persetujuan dicapai untuk memindahkan lokasi pangkalan tersebut dari lokasi yang dicadangkan sebelum ini.

“Kita telah berbincang dengan Kerajaan Sarawak, peringkat awal kedua-dua telah bersetuju untuk dipindahkan ke Muara Tebas disebabkan banyak faktor.

“Perpindahan tersebut juga sudah disahkan oleh Kerajaan Sarawak dan pangkalan itu nanti akan dibina di Muara Tebas bukannya di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Markas Taktikal Pos Balai Ringin di sini paa Ahad.

Tambah Mohd Nizam, faktor akses kepada kemudahan infrastruktur yang kondusif untuk pangkalan tersebut serta keadaan laut menjadi antara punca keputusan untuk memindahkan lokasi pangkalan itu dari Bintulu Ke Kuching.

Malah keputusan tersebut juga turut mengambil kira jarak kawasan operasi utama iaitu di sekitar sektor Beting Patinggi Ali di perairan Bintulu.

Pangkalan yang akan dibina di Muara Tebas, Kuching itu katanya akan memiliki kemudahan yang sama dengan kemudahan yang terdapat di pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar Sabah.

“Ia akan menjadi salah satu pangkalan yang moden di sebelah Sarawak dan memiliki kemudahan macam Pangalan di Teluk Sepanggar disebabkan jumlah anggota yang berbeza dan jumlah kelengkapan yang ada berbeza dengan pangkalan utama di Lumut Perak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan