Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menyampaikan sumbangan khas Lakisri sempena Ramadan di Masjid Al –Muttaqin Sarikei. Foto TVS

Masjid Al –Muttaqin bakal miliki bangunan baharu

SARIKEI, 23 Mac: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM700,000 untuk membina bangunan baharu bagi kegunaan kakitangan Masjid Al-Muttaqqin di sini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pembinaan bangunan yang terletak bersebelahan masjid itu bertujuan meningkatkan keselesaan dan keberkesanan operasi masjid yang semakin berkembang dalam memenuhi keperluan komuniti setempat.

Katanya, projek itu dijangka bermula tahun ini dan melibatkan pelbagai kemudahan dan ruang tambahan bagi aktiviti komuniti.

“Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kelancaran pentadbiran masjid dan memperkasa peranan masjid sebagai pusat pembangunan sosial dan rohani masyarakat.

“Bangunan berkembar satu tingkat ini akan dibina menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) saya.

“Sehubungan itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang bersetuju memberi hak milik tanah bersebelahan masjid kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI),” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Khas LAKISRI, semalam.

Beliau optimis, pembinaan bangunan baharu itu bukan sahaja akan memberikan keselesaan kepada kakitangan, malah membantu memperkukuhkan lagi peranan masjid dalam membimbing komuniti setempat ke arah yang lebih baik.

Masjid Al-Mutaqqin, menjadi nadi kepada komuniti Islam di Sarikei, kewujudannya seiring dengan pembinaan bangunan baharu ini, termasuk kelas-kelas keagamaan, program bimbingan keluarga, serta aktiviti-aktiviti kebajikan untuk golongan yang memerlukan.

Pembinaan bangunan baharu ini merupakan sebahagian usaha kerajaan dalam memastikan institusi keagamaan di Sarawak terus dibangunkan dan diberi sokongan untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan