Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam keadaan mencurigakan pada operasi di kawasan perairan Teluk Kumbar dekat sini George Town semalam. Foto PPM Wilayah 1

Lima warga asing ditahan polis marin bersama 22.8 kg syabu

GEORGE TOWN, 23 Mac: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan satu sindiket disyaki penyeludupan dadah ke luar negara selepas menahan lima lelaki warga asing dan merampas kira-kira 22.8 kilogram (kg) syabu bernilai hampir RM730,000 di dalam sebuah bot di perairan Teluk Kumbar dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner (ACP) Rusley Chi Ari berkata, pada operasi selama empat jam bermula pukul 3 pagi berkenaan, pasukan mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum melihat suspek membuang barang kes ke dalam laut.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri dengan bot menuju ke kawasan darat terdekat di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu sebelum bot tenggelam selepas terlanggar batu.

“Lima suspek warga asing telah melarikan diri, namun mereka berjaya ditahan berhampiran kawasan bot ditinggalkan beberapa jam selepas itu.

“Pasukan operasi turut merampas 22 bungkusan berwarna kuning keemasan tertera tulisan teh Cina mengandungi hampir 22.8 kg ketulan mampat dadah disyaki syabu bernilai RM728,704,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pihaknya turut menyita sebuah kereta jenis Hyundai Tucson bernilai RM150,000 dan empat buah telefon bimbit bernilai RM5,000.

Katanya, kesemua suspek berusia 20-an hingga 40-an itu telah direman bermula hari ini sehingga 28 Mac depan bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan