Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, petang Sabtu. Foto hiasan Envato

Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di Kota Damansara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, petang Sabtu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki berkenaan yang memakai topeng muka serta baju berhud mengacukan pistol ke arah pekerja premis terbabit sebelum melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dengan menaiki sebuah kereta.

Semasa kejadian terdapat seorang pelanggan dan tiga pekerja di dalam premis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan