Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Helikopter Perkhidmatan Hutan Korea terbang di atas sumber air sambil membantu memadamkan kebakaran di Uiseong. Foto Yonhap/AFP

Kerajaan Korea Selatan lulus geran kecemasan untuk wilayah terjejas kebakaran hutan

ByBernama

SEOUL, 23 Mac:  Kerajaan Korea Selatan telah meluluskan geran kewangan khas bagi menyokong usaha pemulihan di Sancheong dan dua lagi wilayah yang terjejas akibat kebakaran hutan, kata Pemangku Presiden Choi Sang Mok semasa mesyuarat kawalan bencana.

“Kami akan segera menyalurkan geran khas bencana dan keselamatan berjumlah 2.6 bilion won (US$177.4 juta) kepada tiga wilayah yang terjejas akibat kebakaran hutan,” lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik Choi.

Selain itu, kerajaan akan memperuntukkan 50 juta won sebagai dana bantuan bencana bagi membantu mangsa dan penduduk yang dipindahkan di daerah Sancheong di tenggara negara itu.

Menurut Pejabat Presiden, Ketua Turus Presiden Chung Jin Suk turut mengadakan mesyuarat bersama setiausaha kanan bagi membincangkan langkah segera untuk mengawal situasi berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan