Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dijadualkan berangkat melawat tapak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Kad Raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong utus ucapan Aidilfitri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Walaupun dengan kecanggihan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit untuk menyampaikan ucapan salam Aidilfitri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim masih memilih cara tradisional menggunakan kad Hari Raya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim masih memilih cara tradisional menggunakan kad Hari Raya. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Tradisi tahunan ini amat dekat di hati Seri Paduka Baginda, kerana ia mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi, menurut hantaran itu.

“Dahulu, tiada telefon bimbit, tiada SMS, WhatsApp dan sebagainya.

“Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah Seri Paduka Baginda, mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan