Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis pra pelancaran Jambatan Jepak - Bintulu. Foto: TVS

Jambatan ikonik Jepak-Bintulu sudah boleh digunakan

BINTULU, 23 Mac: Jambatan Ikonik Jepak-Bintulu yang bernilai RM466.7 juta dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Detik bersejarah pra pelancaran jambatan tersebut disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

“Jambatan ikonik ini akan menjadi mercu tanda baharu Bintulu selain menjadi daya tarikan pelancongan terkini untuk menarik lebih ramai orang datang berkunjung ke sini,” kata Uggah.

Menurutnya, ia sebagai bukti Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sekadar cakap kosong sebaliknya menepati janji memenuhi keperluan rakyat.

“Jadi segala tuduhan yang dilempar adalah meleset dan tidak betul. Projek ini bukan sekadar retorik, malah sudah menjadi satu kenyataan. Ini kerana matlamatnya memang jelas yang mana Yang Amat Berhormat Premier Sarawak mahu mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan perbezaan antara bandar dan luar bandar.

“Satu strategi yang beliau gunakan adalah untuk membina infrastruktur dan jalan raya. Bulan lepas kita merasmikan Jambatan Muara Lassa, menghubungkan tanah besar dengan Pulau Bruit yang juga merupakan sesuatu yang bersejarah.

“Perancangan program lain berjalan lancar, malah RM30 bilion diperuntukan kepada JKR untuk menaik taraf dan membina jalan negeri serta projek jalan raya lain termasuklah program melibatkan agensi wilayah dan lain-lain,” ujarnya.

Uggah menjelaskan jambatan menyerupai Golden Gate di San Francisco itu bakal menjadi tarikan baharu ke bandar minyak dan gas itu dibangunkan menggunakan peruntukan khas wilayah Sarawak oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jambatan itu ujarnya bukan sahaja memendekkan perjalan dari kawasan Jepak ke Bandar Bintulu malah bakal membuka pelbagai bentuk pembangunan infrastruktur serta sosioekonomi kepada masyarakat khusus di kawasan persisir Bintulu, Kuala Tatau dan Balingian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan