Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua suspek pecah masuk sebuah rumah di Kota Samarahan ditangkap polis, hari ini. Foto IPD Kota Samarahan

Dua lelaki pecah rumah diberkas polis

KOTA SAMARAHAN, 23 Mac: Dua lelaki yang sedang leka menyelongkar barang di dalam sebuah rumah yang dipecah masuk di Jalan Jambori di sini hari ini diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintendan Damataries Lautin berkata, penangkapan suspek berumur 21 dan 14 tahun itu adalah susulan serbuan dilakukan anggota dari Unit Kereta Ronda Ibu Pejabat Polis Kota Samarahan hasil maklumat pemilik rumah.

“Pada sekitar 8.15 pagi, seorang pengadu memaklumkan rumah mereka dipecah masuk oleh orang yang tidak dikenali.

“Pengadu mengatakan suspek masih berada di dalam rumah mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, setelah disoal siasat kedua-dua suspek mengaku memasuki rumah melalui tingkap bilik dengan menggunakan sebatang besi kuku kambing.

“Suspek kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan susulan,” ujarnya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found