Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar kejadian daripada CCTV pemilik bot menunjukkan bot Pasin tenggelam akibat jeti ditenggelami air banjir awal pagi tadi.

Dua bot penumpang Pasin tenggelam di Sungai Rajang

KANOWIT, 23 Mac: Dua bot penumpang Pasin yang berlabuh di Jeti Terminal Penumpang Kanowit tenggelam awal pagi tadi selepas jeti tersebut runtuh akibat air pasang besar dan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 4.50 pagi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik pemilik bot.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua bot besi telah tenggelam apabila jeti runtuh ditenggelami air Sungai Rajang.

“Bot yang diikat pada jeti itu turut ditarik tenggelam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kedua-dua bot tersebut merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan Pekan Kanowit dan SMK Sedaya dengan menyeberangi Sungai Rajang.

Bot Seri Pasin mampu membawa 12 penumpang manakala Bot Pasin 85 boleh memuatkan 36 penumpang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana bot-bot tersebut tidak beroperasi semasa kejadian akibat paras air sungai yang tinggi sejak 21 Mac.

“Kerugian akibat insiden ini dianggarkan RM48,000. Laporan polis telah dibuat untuk tujuan tuntutan insurans serta rujukan kepada Lembaga Sungai Sarawak,” jelas DSP Junical.

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan menasihati pemilik bot serta pengguna jeti agar lebih berwaspada terhadap keadaan cuaca ekstrem yang boleh menjejaskan struktur kemudahan awam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan