Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SEDC Permata Sdn Bhd memeriahkan suasana Ramadan tahun ini dengan menganjurkan Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk di Bangunan UTC Sarawak semalam. Foto SEDC Permata

Bubur lambuk pupuk semangat ukhuwah, kebersamaan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 22 Mac: SEDC Permata Sdn Bhd memeriahkan suasana Ramadan tahun ini dengan menganjurkan Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk di Bangunan UTC Sarawak semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Permata, Nazrin Ali Hossien berkata, program itu bukan sahaja dianjurkan untuk mendekati masyarakat tetapi juga sebagai usaha untuk memupuk semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja syarikat.

“Di samping menyambung tali silaturrahim dengan masyarakat sekitar, aktiviti ini juga mampu merapatkan hubungan dalam kalangan kakitangan kami. Saya berharap program ini terus menjadi tradisi tahunan yang menyemarakkan semangat perpaduan dalam menyambut Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya dalam ucapan sempena program itu semalam.

Tambahnya, program itu turut mencerminkan komitmen SEDC Permata Sdn Bhd dalam meneruskan tradisi kemasyarakatan serta menyemai nilai keprihatinan dan kesukarelawanan di kalangan warganya.

Program tradisi tersebut diteruskan lagi tahun ini dengan keunikan penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong oleh kakitangan SEDC Permata Sdn Bhd sebelum diedarkan kepada orang ramai.

Untuk rekod, sebanyak 600 pek bubur lambuk telah diagihkan semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan