Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba membantu mengangkat seorang wanita warga emas berusia 76 tahun mendapat rawatan di hospital selepas kediamannya di Lorong Ling Kai Cheng 6, Sibu, dinaiki air petang semalam. Foto JBPM

Banjir: Bomba bantu pihak KKM angkat warga emas dapatkan rawatan di hospital

SIBU, 23 Mac: Pihak bomba membantu mengangkat seorang wanita warga emas berusia 76 tahun mendapatkan rawatan di hospital selepas kediamannya di Lorong Ling Kai Cheng 6 di sini, dinaiki air petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung ke itu jam 6.50 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba membantu untuk mengangkat seorang wanita warga emas yang dalam keadaan lemah ke dalam ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setibanya di lokasi, didapati laluan jalan ke rumah mangsa telah dinaiki air anggaran dua kaki,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihak bomba meredah banjir dengan menggunakan Personal Floating Device (PFD) dengan membawa ‘strecher’ bergerak ke lokasi rumah mangsa yang terletak 500 meter dari jalan utama.

“Mangsa telah berjaya dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada Pegawai KKM untuk tindakan selanjutnya. Operasi berjalan lancar dan operasi tamat pada jam 7.40 malam,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan