Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketibaan Datuk Seri Fadillah Yusof disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. Foto Jabatan Penerangan

Tugas polis semakin mencabar jaga keselamatan awam

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Mac: Dengan kemajuan teknologi, polis kini berdepan cabaran baharu dalam menjaga keselamatan awam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusofberkata, ini kerana penjenayah sudah beralih ke dunia maya melalui jenayah siber yang semakin meruncing.

“Kalau dulu penjenayah bergerak secara fizikal sekarang ini mereka bergerak secara dalam talian dengan jenayah siber. Jadi di sinilah kita perlu tingkatkan usaha bagaimana kita nak melawan dalam bidang sosial ini.

“Di Sarawak, salah satu ialah peningkatan dan kadar pengedaran dadah ia perlu dipantau sebab akan membawa kepada gejala sosial yang menyebabkan ketenteraman awam terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Moreh selepas menunaikan solat Isya dan terawih bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, isu berkaitan perkauman dan agama yang dibangkitkan di platform dalam talian juga berpotensi menimbulkan ketegangan antara masyarakat yang sudah lama hidup dalam keharmonian.

“Cabaranya ialah apa yang berlaku di media sosial turut boleh menyebabkan keretakan dan keharmonian yang telah diwujudkan selama ini.

“Ada pergerakan yang boleh membangkitkan perasan benci antara satu sama lain sama ada dari sudut kaum mahupun agama dan ini perlu ditangani dengan berkesan kerana ia akan menjejas keharmonian kita,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan