Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rabinah Lias, Endena Adam dan Aliff Ab. Tahir ditemui pemberita pada majlis penutupan Program Bimbingan serta Latihan Pembuatan Roti dan Kek Komuniti Gedong pada Sabtu. Foto TVS

Program bimbingan, latihan pembuatan roti dan kek di Gedong terima reaksi positif peserta

KUCHING, 22 Mac: Program Bimbingan serta Latihan Pembuatan Roti dan Kek Komuniti Gedong anjuran Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong mendapat maklum balas positif daripada para peserta yang menghadiri program lebih sebulan bermula 1 Februari hingga 22 Mac 2025.

Menurut pekerja am ladang, Endena Adam, 28, program ini dilihat sebagai satu platform mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakannya secara sambilan sejak 10 tahun lalu.

“Ketika mengikuti program ini, saya diajar cara untuk menjalankan perniagaan dengan lebih efisyen dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam urusan perniagaan seperti memiliki sijil pengendalian makanan,” katanya.

Sementara bagi pengusaha kuih sejuk beku, Rabinah Lias, 56, melihat program ini memberi banyak pendedahan bidang keusahawan kepada dirinya serta rakan-rakan peserta yang lain.

“Saya merasakan kursus ini amat bermanfaat pada kita, pada semua rakan-rakan yang ingin maju ke arah menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Bagi pensyarah, Aliff Ab. Tahir, 43, program ini dilihat sebagai platform terbaik dalam menyediakan ruang kepada bakal usahawan serta usahawan yang sedia ada untuk memperoleh ilmu pengetahuan serta kemahiran baharu dalam industri pembuatan roti dan kek ini.

“Saya melihat program ini amat bagus terutama kepada komuniti di Gedong ini kerana kita tahu Gedong ini satu daerah yang baharu dan masih memerlukan sokongan ekonomi daripada penduduk tempatan. Saya berharap industri kek dan roti ini akan terus membantu dalam menjana pendapatan komuniti setempat,” katanya yang juga merupakan salah seorang fasilitator serta tenaga pembimbing program latihan tersebut.

Program Bimbingan serta Latihan Pembuatan Roti dan Kek Komuniti Gedong ini disertai oleh seramai 15 peserta yang terdiri daripada usahawan serta bakal usahawan belia dari seluruh daerah Gedong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan