Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin ketika ditemui ahli Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di Pejabatnya, hari ini. Foto NSJA

Persatuan Wartawan Utara Sarawak terima geran untuk sokong kebajikan ahli

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 22 Mac: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) menerima dua geran berjumlah RM15,000 daripada Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen, dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala sebagai sokongan berterusan terhadap kebajikan ahli-ahli persatuan.

Geran pertama berjumlah RM10,000 telah disalurkan oleh Kim Shin, yang telah memperuntukkan jumlah tersebut sejak 2016 untuk membantu ahli-ahli NSJA dalam menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kim Shin menegaskan pentingnya mengutamakan kesihatan, terutama bagi wartawan yang sering terdedah kepada tekanan dan jadual kerja yang padat.

“Sebagai wartawan, tugas anda adalah sangat mencabar dan sering kali sibuk. Oleh itu, adalah penting untuk mengutamakan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pengesanan awal terhadap masalah kesihatan boleh menyelamatkan nyawa,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, NSJA juga menerima geran sebanyak RM5,000 daripada Gerawat Gala.

 

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen, dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala ketika ditemui ahli Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di Pejabatnya, hari ini. Foto NSJA

Presiden NSJA, Chai Chon Chin dalam pada itu menzahirkan kesyukuran di atas penyaluran geran sambil mengakui inisiatif terbabit adalah tanda sokongan para pemimpin kepada persatuan terbabit.

Tambahnya geran berkenaan juga bagi menampung perancangan mereka untuk meraikan ulang tahun ke-50 NSJA dalam Majlis Makan Malam Gala yang akan diadakan pada 25 April ini.

“Geran yang diberikan oleh Dato Sri Lee Kim Shin dan Datuk Gerawat Gala sangat bererti bagi kami, terutama dalam memastikan ahli-ahli kami mendapat manfaat kesihatan yang sewajarnya. Kami amat menghargai sokongan berterusan mereka,” katanya.

NSJA juga telah menyerahkan jemputan rasmi kepada kedua-dua pemimpin tersebut untuk menghadiri majlis makan malam tersebut yang akan turut memberi penghormatan kepada bekas-bekas presiden NSJA serta wartawan-wartawan yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun dalam industri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan