Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Golongan anak muda yang bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan dikesan menjalani kehidupan mewah tanpa sumber pendapatan yang jelas. Foto hiasan Envato

Penyeludupan di sempadan: Anak muda hidup mewah tanpa sumber jelas

ByBernama

KOTA BHARU, 22 Mac: Golongan anak muda yang bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan dikesan menjalani kehidupan mewah dengan memiliki kenderaan berjenama seperti Mustang dan BMW tanpa sumber pendapatan yang jelas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata fenomena itu bukan sesuatu yang baharu dan menerusi beberapa kejayaan operasi sebelum ini, terbukti ada dalam kalangan mereka terlibat dengan aktiviti penyeludupan.

“Hasil siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah, senjata api dan barang kontraban melalui sempadan Kelantan-Thailand,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, Kelantan sememangnya menjadi antara laluan utama sindiket penyeludupan, khususnya membabitkan dadah jenis syabu, heroin dan pil kuda yang dibawa masuk dari Thailand sebelum diedarkan ke seluruh negara.

Selain dadah, sindiket turut menyeludup senjata api serta pelbagai barang kontraban termasuk penyeludupan haiwan ternakan seperti lembu.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Cawangan Khas (SB) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) kini memperketat kawalan sempadan serta menjalankan risikan berterusan bagi membanteras sindiket yang mempergunakan anak muda untuk aktiviti haram,” katanya.

Polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat termasuk mereka yang berselindung di sebalik perniagaan sah.

“Kita tidak mahu Kelantan terus menjadi transit utama bagi sindiket dadah dan senjata api.

“Pihak berkuasa akan terus memantau serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang aktiviti jenayah ini,” katanya.

Beliau berkata beberapa tangkapan besar telah dilakukan sebelum ini namun polis percaya masih terdapat rangkaian aktif yang terus beroperasi secara senyap dan mengambil kesempatan atas kelemahan di sempadan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan