Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan terkini projek pembinaan jalan penghubung Paku ke Ulu Kota. Foto TVS

Pembinaan Jalan Ulu Paku – Ulu Kota dahului jadual

SPAOH, 22 Mac: Status projek pembinaan jalan penghubung Ulu Paku ke Ulu Kota yang bernilai RM 247.5 juta di bawah pakej Jalan Utama Kedua kini mendahului jadual pelaksanaanya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini jalan sepanjang 33 kilometer tersebut 20.9 peratus siap mendahului sebanyak 5.27 peratus daripada jadual asal sebanyak 15.73 peratus.

“Status pembinaan projek Jalan Utama Kedua Ulu Paku ke Ulu Kota kini siap sebanyak 20.9 peratus.

“Iaitu sebanyak 5.27 peratus mendahului daripada jadual asal sebanyak 15.73 peratus,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan tapak projek pembinaan Jalan Utama Kedua Ulu Paku-Ulu Kota di Penom disini pada Jumaat.

Menyentuh pembinaan Dewan Baharu Spaoh yang akan bermula tahun depan Uggah berkata, ia adalah bagi memastikan masyarakat setempat di Spaoh mendapat kemudahan riadah selesa dan terbaik selari dengan perubahan semasa di Spaoh pada ketika ini.

“Kita di Spaoh buat masa ini hanya memiliki sebuah dewan yang hanya mampu memuatkan sebanyak seratus meja pada satu-satu masa dan sudah tiba masanya kita memerlukan dewan serba lengkap yang lebih besar dan selesa untuk kemudahan masyarakat.

“Ini juga bermakna kita tetap prihatin terhadap keperluan kemudahan riadah awam selain daripada memfokuskan kepada pembangunan kemudahan infrastruktur ekonomi seperti lapangan terbang, CPPC dan Taman Pertanian di Spaoh,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan