Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba membantu memindahkan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang uzur selepas kediamannya di Lorong Kapur, Sibu, dinaiki air pagi tadi. Foto JBPM

Kediaman dinaiki air, bomba bantu pindahkan warga emas uzur

SIBU, 22 Mac: Pihak bomba membantu memindahkan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang uzur selepas kediamannya di Lorong Kapur di sini, dinaiki air pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.40 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

“Seorang penghuni wanita terpaksa dipindahkan ke tingkat atas rumah berikutan paras air yang semakin meningkat.

“Setibanya di lokasi didapati bahagian dalam rumah tersebut telah dinaiki air sehingga paras dua kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membantu mengangkat warga emas yang uzur berpindah ke tingkat atas rumah yang lebih selamat ekoran biliknya di tingkat bawah terjejas banjir.

“Operasi memindahkan mangsa berjalan lancar dan operasi tamat pada jam 10.15 pagi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan