Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika menyampaikan sumbangan kepada para pelajar Tahfiz pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah di Padang Tuaran hari ini. Foto Bernama

Jadikan Ramadan medan latih integriti, disiplin dalam diri – PM Anwar

ByBernama

TUARAN, 22 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai medan bagi melatih integriti dan disiplin diri.

Beliau berkata dalam bulan Ramadan, umat Islam wajib berpuasa dan ibadah itu sendiri melatih diri erti integriti serta disiplin dalam meningkatkan ketakwaan dan keyakinan kepada Allah.

“Siapa yang tahu kamu puasa atau tidak, itu hanya kamu dan Allah. Jadi, ini sendiri melatih integriti dan disiplin dalam menunaikan ibadah puasa.

“Kita dilatih untuk berpuasa, apa erti disiplin, integriti dan keperibadian unggul kerana kita dilatih bertanggungjawab kepada Allah. Integriti ini dilatih semasa Ramadan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Anwar berkata Ramadan juga mengajar dimensi kemanusiaan kepada umat Islam dengan merasai sendiri pelbagai cabaran antaranya lapar dan dahaga selain kesukaran yang dialami golongan kurang berkemampuan.

“ …Ramadan mengajar kita ada nilai Rahmah. Sudah dua pertiga Ramadan ini apakah benar ada kesedaran kita menjaga orang miskin. Kalau betul, kita bantu anak yatim dan orang miskin pada Ramadan ini supaya mereka sambut Aidilfitri dengan gembira.

“Ramadan mengajar kita untuk lebih prihatin terhadap jiran tetangga yang susah. Kita dapat merasai bagaimana sukarnya hidup dalam kemiskinan,” katanya.

Beliau turut menyeru umat Islam untuk memakmurkan masjid dan menunaikan tanggungjawab membayar zakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Bayar zakat sekali lagi mengingatkan kita (bahawa) ini instrumen ekonomi penting untuk bantu rakyat yang susah. Di sekeliling kita masih ada yang merempat hidupnya,” kata Perdana Menteri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan