Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kini bersiap siaga berikutan keadaan cuaca tidak menentu, yang berpotensi membawa kemungkinan bencana banjir di beberapa kawasan negeri ini. Foto hiasan Envato

Cuaca sukar diramal, urusetia pengurusan bencana diarah bersiap sedia

SARIKEI, 22 Mac: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kini bersiap siaga berikutan keadaan cuaca tidak menentu yang berpotensi membawa kemungkinan bencana banjir di beberapa kawasan negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tindakan pantas dan kerjasama antara agensi adalah kunci untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya bencana.

Kerajaan Sarawak melalui JPBNS ujarnya, komited untuk memastikan semua persiapan berada pada tahap terbaik dan akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan keselamatan rakyat diutamakan sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ketika ini.

“Banjir seperti di Sibu, Kapit dan Kanowit, berlaku secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku di luar jangkaan kita.

“Situasi di Batang Rajang misalnya, agak membimbangkan dan kita membuka beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa jika berlaku pemindahan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke projek Pan Borneo Simpang Jakar pada Sabtu.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan terlibat digesa sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui media dan aplikasi amaran bencana yang disediakan oleh kerajaan.

Kerajaan Sarawak melalui JPBNS ujarnya, komited untuk memastikan semua persiapan berada pada tahap terbaik dan akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan keselamatan rakyat diutamakan sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ketika ini.

“Saya mengarahkan semua urusetia bencana di peringkat bahagian supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kerajaan Sarawak melalui JPBNS sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan