Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan membina Pusingan P (P –Turn) sebagai alternatif penyelesaian untuk memudahkan aliran pergerakan trafik dari Pekan Jakar ke pusat bandar Sarikei. Foto TVS

Bina P-Turn ganti lampu isyarat di simpang Jakar

SARIKEI, 22 Mac: Kerajaan membina Pusingan P (P –Turn) sebagai alternatif penyelesaian untuk memudahkan aliran pergerakan trafik dari Pekan Jakar ke pusat bandar Sarikei.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah itu dilaksanakan selepas Kementerian Kerja Raya (KKR) mendapati cadangan pembinaan lampu isyarat untuk kawasan tersebut tidak sesuai.

Menurutnya, usaha itu amat penting bagi memudahkan pergerakan kenderaan selain memastikan kegiatan ekonomi di kawasan itu terus rancak.

“Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Seri Huang ada meminta kita untuk membina lampu isyarat di sini (persimpangan Jakar).

“Namun Kementerian Kerja Raya (KKR) mendapati ia (lampu isyarat tidak sesuai untuk kawasan lebuh raya seperti Pan Borneo. Sebagai alternatif, kita buat P-Turn. Sebelum ini, penduduk membantah kerana jaraknya terlalu jauh iaitu lima kilometer. Namun P-turn kali ini hanya sekitar 500 meter sahaja di kedua-dua arah,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Pan Borneo Simpang Jakar pada Sabtu.

Pihak kontraktor digesa mempercepatkan pelaksanaan projek pembinaan Jalan Pan Borneo Jakar supaya laluan itu dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

Katanya, sebahagian laluan dua hala itu akan dibuka pada 25 Mac iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala selebihnya pada April depan.

Menurutnya, pihak kontraktor memaklumkan bahawa terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan di lokasi berkenaan yang melibatkan jarak dalam lingkungan 100 meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan