Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza Foto AFP

Bekalan perubatan di Gaza semakin berkurangan

ByBernama

GENEVA, 22 Mac: Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), penutupan sempadan telah ‘menjejaskan dengan ketara’ perkhidmatan, menyebabkan hanya 23 daripada 53 kenderaan dapat beroperasi susulan pemberhentian penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk bahan api, kata jurucakap IFRC Tommaso Della Longa dalam taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Ini adalah akibat langsung daripada kekurangan petrol, katanya sambil menekankan bahawa seluruh komuniti yang lemah meminta bantuan kecemasan tetapi tidak menerima sebarang respons. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan